Jenayah | Polis mohon bantuan Interpol jejaki Datuk Seri Nicky Liow

2022-03-23 1

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan ahli perniagaan yang sedang di diburu, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sehingga hari ini pihaknya masih belum dapat mengesan Nicky Liow kerana dipercayai cuba melarikan diri dengan bantuan anggota agensi penguatkuasa yang dikesan bersekongkol dengan beliau.